| Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai. | Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan usul periksa dan sampai selesai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam. | Ajaran supaya tahu akan susah hidup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana. | Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup. resmi = sifat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting. | Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengorek dompet kawan. | Menipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gaharu dibakar kemenyan berbau. | Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Orang maling berteriak maling. | Mendului orang menyorakkan sesuatu kejahatan, supaya kejahatannya tidak ketahuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mulut manis jangan percaya, lepas daripada tangan jangan diharap. | Nasihat supaya berhati-hati dengan pujuk rayu orang yang mahu menipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam. | Mengatur-atur sesuatu supaya baik. bersiang = membersih-bersihkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sembahyang diberi berwaktu, janji diberi berketika. | Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |