Bagai siamang kurang kayu. | Sangat susah hati kerana kekurangan barang-barang keperluan. (Bandingkan dengan: Bagai bunyi siamang kenyang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar. | Susah hati dapat mengubah perangai seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya. | Hati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam susah mengubatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh. | Lain yang disindir lain yang merasa hati; lain yang berbuat salah lain pula yang merasa susah. menyiuk (siuk) = menarik nafas kerana sakit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |