| Susu di dada tak dapat dielakkan. | Nasib yang tak dapat ditolak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai susu dengan sakar, dibuat tengguli. | Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kerbau punya susu, sapi punya nama. | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti meminta susu kepada ayam. | Meminta nasihat bukan pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air susu dibalas dengan air tuba. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. (Bandingkan dengan: Air tuba dibalas dengan air susu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air tuba dibalas dengan air susu. | Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga. | Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jangan diajar orang tua makan dadih. | Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. dadih = air susu kerbau yang dikentalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas. | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor. | Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |