Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. | Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah. | Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat yang kawi, syarak yang lazim. | Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat yang menurun, syarak yang mendaki. | Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Syarak yang mengata, adat yang memaksa. | Syarak dan adat tidak dapat dipisahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alim biasa menghukum syarak. | Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat memakai, syarak mengata. | Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah. | Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |