| Hendak menggaruk tidak berkuku. | Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum bergigi hendak mengunyah. | Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menepung tiada berberas. | Banyak cakap, tiada buktinya, berbuat sesuatu tanpa alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Seperti hendak menepung tiada berberas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sampan ada pengayuh tidak. | Hendak melakukan sesuatu, tetapi tidak lengkap alat syaratnya. (Bandingkan dengan: Hendak hinggap tiada berkaki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencencang berlandasan, melompat bersetumpu, menjunjung bersenggulung. | Jika hendak mengerjakan sesuatu, sediakan alat syaratnya lebih dulu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Didenda dengan emas yang habis, dipancung dengan pedang yang hilang. | Didenda atau dihukum hanya dengan syaratnya saja kerana mencari perdamaian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. | Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |