Laksana kedidi: di mana pantai tercunggit-cunggit (= terjengit-jengit). | Orang yang tidak tahu membawa diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit. | Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak tahu menganyam, pandan disalahkan. | Tidak mahu mengaku kebodohan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk muka cermin dibelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak tahu dibungkuk (dibongkok) tidur. | Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Udang tak tahu di bongkoknya. | Tak insaf akan kekurangan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Udang hendak mengatai ikan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah? | Sengaja mencari perselisihan, kemudian menyesalkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sakit pandan tidak tahukan duri, sakitnya badan tidak tahukan diri. | Orang yang tidak tahu akan dirinya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk muka cermin dibelah. | Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat. | Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |