Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala. | Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam. | Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak kena tepuk dengan tarinya. | Lain yang ditanya lain yang dijawab. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti permata baik tak kena ikatannya. | Perempuan terpelajar bersuamikan lelaki yang rendah budi pekertinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpan habis, ikan tak kena (= dapat). | Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebesar-besar bumi ditampar tak kena. | Perkara yang nampaknya saja mudah, tetapi sukar menyelesaikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpan habis pancing putus, punca terlepas daripada tangan. | Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Umpan habis, ikan tak kena [= dapat]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudu-sudu di tepi jalan (dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya). | Orang yang cerdik atau pendekar yang tak dapat dikalahkan. sudu-sudu = tumbuhan sebangsa lidah buaya; rabas = air hujan yang ada pada daunnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke hulu kena bubu, ke hilir kena tengkalak. | Tak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak ada pendekar yang tak bulus, tak ada juara yang tak kalah. | Meskipun pandai ada kalanya salah (keliru) juga. bulus = kena. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |