Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. | Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut titik lalu tumpah. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut akan lumpur, lari ke duri. | Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Dari lecah, lari ke duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut akan hantu, lari ke pandam. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan mayat terpeluk bangkai, b. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai, c. Takut titik lalu tumpah). pandam = pekuburan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut di hantu, terpeluk ke bangkai. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut titik lalu tumpah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut pada ular, terkejut pada bengkarung. | Kerana takut kepada orang yang berkuasa, lalu takut pula kepada keluarganya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau. | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut). | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut akan bayang-bayang. | Takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Takutkan bayang-bayangnya sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |