Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor. | Kerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak. sececah = sepalit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayang rugi membeli tali timba, air setitik tak dapat. | Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayangkan titik, tak sayangkan tumpah. | Si bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut titik lalu tumpah. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut akan hantu, lari ke pandam. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan mayat terpeluk bangkai, b. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai, c. Takut titik lalu tumpah). pandam = pekuburan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut di hantu, terpeluk ke bangkai. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut titik lalu tumpah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut akan mayat terpeluk bangkai. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan hantu, lari ke pandam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |