Talam dua muka. | Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti air dalam talam. | Negeri yang aman sentosa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti saga di atas talam. | Selalu berubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari. | Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Talam dua muka). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sekelat muka dua. | Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |