Menegakkan juek-juek sesudah menyabit. | Sesudah perkara selesai, baru teringat akan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. juek-juek = tali-tali yang direntangkan di sawah untuk mengusir burung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba. | Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. | Bersatu teguh, bercerai runtuh. tak suang-suang = tak mudah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah. | Pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tali putus keluan putus. | Anak muda yang berbuat sekehendak hatinya, kerana orang yang menjaganya sudah tidak ada lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tali di dalam bungkusan, digerek tikus apa gunanya. | Gadis dalam pingitan, telah melakukan perbuatan sumbang dengan diam-diam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pecah kapi, putus suai. | Sesuatu yang tak dapat diperbaiki lagi; mencerita malu yang amat sangat. kapi = kerek, takal; suai = tali penarik, tali kapi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mana tali berpunca tak berhujung? | Siapakah yang tidak akan menghadapi mati? | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak. | Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putus tali keluan, putus keluan rampung hidung. | Perselisihan yang tidak dapat diperdamaikan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus kelikir, rampung hidung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |