| Putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba. | Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pecah kapi, putus suai. | Sesuatu yang tak dapat diperbaiki lagi; mencerita malu yang amat sangat. kapi = kerek, takal; suai = tali penarik, tali kapi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menegakkan juek-juek sesudah menyabit. | Sesudah perkara selesai, baru teringat akan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. juek-juek = tali-tali yang direntangkan di sawah untuk mengusir burung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagaimana kumbang putus tali. | Amat cepat; terlepas daripada sengsara. (Biasa juga: Kambing putus tali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kerbau pembulang tali. | Orang yang berbolak-balik fikirannya atau yang tiada tetap hatinya. membulang = mengikat tali ke kepala. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri. | Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa. (Peribahasa lain yang sama makna: Terbit air kerana dipercik, terbit minyak kerana dikempa). dianduh = ditarik dengan tali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tali jangan putus, kaitan jangan serkah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan. | Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. | Bersatu teguh, bercerai runtuh. tak suang-suang = tak mudah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah. | Pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |