Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.li.ta.li] | تالي ٢

Definisi : bunga ~ sj tumbuhan (pokok yg cantik bunganya), Quamoclit pennata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tali-tali

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putuslah tali tali tiada;
Lemah lembut membawa diri,
     Putuslah hati adik penanda.


Lihat selanjutnya...(93)
Peribahasa

Putus timba tinggal tali,
     putus tali tinggal timba.

Bermaksud :

Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menegakkan juek-juek sesudah menyabit.Sesudah perkara selesai, baru teringat akan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. juek-juek = tali-tali yang direntangkan di sawah untuk mengusir burung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba.Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.Bersatu teguh, bercerai runtuh. tak suang-suang = tak mudah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah.Pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tali putus keluan putus.Anak muda yang berbuat sekehendak hatinya, kerana orang yang menjaganya sudah tidak ada lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tali di dalam bungkusan, digerek tikus apa gunanya.Gadis dalam pingitan, telah melakukan perbuatan sumbang dengan diam-diam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah kapi, putus suai.Sesuatu yang tak dapat diperbaiki lagi; mencerita malu yang amat sangat. kapi = kerek, takal; suai = tali penarik, tali kapi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mana tali berpunca tak berhujung?Siapakah yang tidak akan menghadapi mati?Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak.Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus tali keluan, putus keluan rampung hidung.Perselisihan yang tidak dapat diperdamaikan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus kelikir, rampung hidung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas