| Tamak hilang malu, loba dapat kebiasaan. | Perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti anjing berebut tulang. | Orang tamak memperebutkan harta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Beruk berjumpa pisang masak setandan. | Orang tamak yang memperoleh keuntungan dengan mudah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti anjing menggonggong tulang. | Orang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing beroleh bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti anjing beroleh bangkai. | Orang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti buaya bertemu bangkai hanyut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama anjing makan muntahnya. | Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti buaya bertemu bangkai hanyut. | Orang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing beroleh bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Disangkakan bedena timbul, terpeluk bangkai babi bengkak hanyut. | Orang tamak yang tiada tahu membezakan yang baik dengan yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berhakim kepada beruk. | Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang. | Orang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |