Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Bunga ros bunga melati,
     Harum semerbak di dalam taman;
Besar sungguh hajat di hati,
     Untuk menyunting bunga di taman.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar,
     jika tidak kerana bunga kembang di taman.

Bermaksud :

Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana.Kecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman.Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak.Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas