Tampak ijuk tak bersagar, lurah tak berbatu. | Seseorang yang diperlakukan dengan sekehendak hati, kerana tidak ada kaum kerabatnya yang disegani orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datang tampak muka, pulang tampak punggung. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lah tampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung. | Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. menarung = menyentuh, menyerandung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah tampak kaki ular. | Tingkah laku seseorang yang jahat yang sudah mulai diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua. | Dalam sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan). | Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tampak ranggas takkan meleting. | Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak duri takkan mengait). ranggas = ranting kayu mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tampak duri takkan mengait. | Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak ranggas takkan meleting). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |