| Mendapati tanah tersirah. | Berlaku kematian. tanah tersirah = tanah kuburan yang merah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau digali tanah berbingkah, tanah berderai yang akan bertemu. | Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tanah lembab (= lembah) kandungan air, kayu bengkok titian kera. | Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk. | Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali paya menimbun bukit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menggali paya menimbun bukit. | Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bukan tanah menjadi padi. | Bukan tempatnya untuk berbuat baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menggali tanah yang lekuk. | Kerja yang bukan tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memasukkan minyak tanah. | Menghasut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tumbuh di tanah yang gembur. | Anak gadis daripada keluarga yang mewah-mewah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terpijak di tanah kapur, putih tapak; terpijak di tanah arang, hitam tapak. | Perbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |