Air dalam terenang. | Hidup yang tenang dan tenteram. terenang = tempat air daripada tanah liat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. | Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tanah lembab (= lembah) kandungan air, kayu bengkok titian kera. | Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertelentang berisi air, tertiarap berisi tanah. | Terlalu miskin, tidak ada daya upaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air. | Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Telentang sama tertiarap bersama memakan pasir). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut. | Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir. | Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana ranting dipatah, di situ air disauk. | Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana bumi [= tanah] dipijak, di sana [= di situ] langit dijunjung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |