Musang terjun, lantai terjungkat (= terjungkit). | Tanda-tanda (bukti) tentang kejahatan yang telah diperbuat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebelum sampai ke api, tentu bahangnya dulu terasa. | Sesuatu bahaya besar biasanya didului dengan tanda-tanda dan alamatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tembaga menunjukkan senam, besi menunjukkan karat, keris menunjukkan pamur, manikam menunjukkan cahaya. | Baik orang mahupun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya. pamur = baja putih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nampak gabak di hulu. | Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas. | Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Nampak gabak di hulu). gabak = redup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda. | Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rebut rampas bertanda-beti. | Sekalian perkara baru boleh diputuskan sesudah cukup bukti dan keterangan. tanda-beti = tanda bukti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh. | Orang yang sombong, besar cakap tidak berisi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air beriak tanda tak dalam. | Banyak bercakap tanda tiada berilmu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Retak menanti (= mencari, tanda akan) belah (= pecah). | Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecah menanti sebab, retak menanti belah, b. Raga menanti pecah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |