Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.du/.tan.du/] | تندوق٢

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), lelada, Ervatamia cylindrocarpa; 2. sj tum­buhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak, merabung paya, restung badak, sembur badak, Evartamia hirta; 3. sj tumbuhan (pokok memanjat), akar bulu nenek kebayan, akar tanduk hitam, akar sewai, duduk kijang, Strophanthus dichotomus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanduk-tanduk

Puisi
 

Lembu merah tanduk bercabang,
     Satu tanduk memangku tali;
Ayuh adik jangan marah abang,
     Abang datang nak tentu janji.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti;
     payah juga yang datang.

Bermaksud :

Kesukaran berdagang ke negeri asing.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tanduk di kepala tak dapat digelengkan.Tidak dapat menghindarkan diri daripada tugas kewajipan (pekerjaan) yang sudah ditentukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti; payah juga yang datang.Kesukaran berdagang ke negeri asing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tanduk diberkas.Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai mengepal pasir kering).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tanduk bersendi gading.Tidak sepadan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minta tanduk pada kuda.Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meruncing tanduk kerbau.Memberi perangsang kepada seseorang yang memang jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Runcing tanduk bangkah kening.Sudah terkenal jahatnya. bangkah kening = dahinya berbelang, tanda jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak (boleh) tanduk telinga dipulas.Asal dapat membalas dendam, apa saja dilakukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kerbau runcing tanduk.Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau [= lembu] tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas