Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tawar (adjektif)
1. Bersinonim dengan hambar: campah, payau, tidak berasa, memek, cahang,
Berantonim dengan masin masam manis pedas pahit

2. Bersinonim dengan tidak mujarab: tidak mustajab, tidak manjur, tidak berkesan,

3. Bersinonim dengan tawar hati: dingin, hilang minat, hilang kemahuan, hilang keinginan, hilang keberanian, tidak bersemangat, tidak ghairah, kendur, lembap,
Berantonim dengan ghairah

4. Bersinonim dengan hilang kemarahan: tidak marah lagi, sejuk hati,
Berantonim dengan marah

5. Dalam konteks pidato
bersinonim dengan hambar, tidak menarik, tidak bersemangat, tidak bertenaga,

Kata Terbitan : menawari, penawar,

Puisi
 

Kalau datang kapal serati,
     Sungguh Jawa tawar-menawar;
Kalau datang si jantung hati,
     Racun diminum jadi penawar.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Yang tajam tumpul,
     yang bisa tawar.

Bermaksud :

Dengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa.

 

Lihat selanjutnya...(5)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang tajam tumpul, yang bisa tawar.Dengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar.Susah hati dapat mengubah perangai seseorang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menatang setahun hujan di langit, air di laut masakan tawar.Nasihat yang baik takkan mengubah kejahatan yang besar. menatang = membawa di tapak tangan, menating.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga.Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampungnya. seluang = sebangsa ikan air tawar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas