| Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya. | Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang tajam tumpul, yang bisa tawar. | Dengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar. | Susah hati dapat mengubah perangai seseorang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menatang setahun hujan di langit, air di laut masakan tawar. | Nasihat yang baik takkan mengubah kejahatan yang besar. menatang = membawa di tapak tangan, menating. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga. | Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampungnya. seluang = sebangsa ikan air tawar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |