Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur. | Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Sebagai aur dengan tebing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai aur dengan tebing. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berarak ke tebing. | Selalu merasa khuatir. berarak = berjalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai berumah di tepi tebing. | Selalu dalam kekhuatiran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. | Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok. | Kesulitan (kesusahan) dalam melakukan sesuatu pekerjaan jika tidak berilmu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing). | Habis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepantun kasau dengan bubungan. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |