Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.gang] | تݢڠ

Definisi : 1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dll), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dll): tali yg direntang itu mestilah ~; 2. tidak lembut (rambut dll), kaku, keras dan liat (daging, otot, dll): segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dlm masa membuat senaman itu; 3. sangat nyaring, keras, lang­sing (suara dll): ~ sahaja bunyi suaranya; 4. ki tidak mesra (persahabatan dll), berten­tangan, genting (perselisihan dll): hubungan antara Kemboja dgn Vietnam Selatan telah ~ sungguh; suasana menjadi ~; ~-magang keras dan liat; ~-teguk Pr, bp ber­kehendak sangat; ~ dinanti kendur, keras dinanti lunak prb utk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinanti-kan waktu kedua-dua belah pihak reda ke-marahannya; ~ yg berjela-jela, kendur yg ber-denting-denting prb pemerintahan yg baik, di dlm keras ada lunaknya dan di dlm lunak ada kerasnya; kendur mengusut, ~ memutus prb, Mn perihal pentadbiran yg kurang baik (ke-lemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan); bertegang, bersitegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot: aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu; ~ urat leher ~ buku lidah prb tidak ada yg mahu mengaku kalah (dua orang dlm per­debatan);menegang 1. menjadi tegang: urat-urat di wajahnya ~; 2. merentang; menegangi menarik supaya tegang: tegangi­-lah kail itu; menegangkan 1. menjadikan tegang, me­narik dll supaya tegang, meregangkan: berapa-kah panjang spring itu jika tidak ditegang-kan? 2. ki menjadikan genting (perhubungan dll), meruncingkan (perselisih­an): peristiwa yg berlaku itu telah ~ lagi per­hubungan antara kedua-dua buah negara tersebut; mempertegang menjadikan lebih atau ber-tambah tegang; tegangan, pertegangan keadaan tegang; ~ permukaan (Fiz) sifat permukaan cecair yg bertindak seolah-olah sbg lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yg berada di permukaan); ketegangan 1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara seka-rang akan dibincangkan selama empat hari; penegangan proses menegangkan sesuatu: ~ dan pengenduran otot; penegang alat (bahan, ubat dsb) yg digunakan utk menegangkan sesuatu (spt tali, kulit, urat dsb): minyak gamat dijadikan ~ urat; sedak digunakan sbg ~ kulit gendang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.gang] | تݢڠ

Definisi : 1 tidak kendur (bkn tali yg di­regangkan dsb); sering; cekang: Wayar telefon kelihatan kendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk. 2 keras dan liat (bkn urat, otot dsb): Kita hendaklah selalu bersenam supaya segala urat dan otot menjadi ~. 3 ki tidak erat atau tidak karib (bkn persahabatan dsb); genting: Perhubungan antara kedua-dua negara itu semakin ~. bertegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah; berdegil. menegang menjadi tegang. menegangkan 1 menarik tali dsb supaya tegang; meregangkan. 2 ki menjadikan tidak erat; menjadikan genting; meruncingkan (persahabatan dsb). mempertegang menjadikan lebih tegang (tali persahabatan dsb). tegangan 1 ist daya gerak elektrik atau voltan: wayar ~ tinggi. 2 sesuatu yg tegang. ketegangan keadaan atau hal tegang. penegangan per­buatan, perihal dsb menegang atau menegangkan. penegang alat, bahan dsb yg menegangkan: ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegang (adjektif)
1. Bersinonim dengan regang: cekang, kejang, sering, kencang, terik, ganjat,
Berantonim dengan kendur

2. Bersinonim dengan kaku: keras, liat, kejur, kejat, jegang, genjur,
Berantonim dengan lembut

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, langsing, keras, tinggi,
Berantonim dengan lunak

4. Bersinonim dengan genting: gawat, senting, berbahaya, meruncing, hangat,
Berantonim dengan kendur

Kata Terbitan : bertegang, menegangkan, ketegangan,

Peribahasa

Tegang dinanti kendur,
     keras dinanti lunak.

Bermaksud :

Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tegang tidak, kendur tidak.Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tegang dinanti kendur, keras dinanti lunak.Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting.Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kendur mengusut, tegang memutus.Pentadbiran yang kurang baik, kalau lemah menyebabkan kekacauan dan kalau keras menimbulkan kerusuhan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantang si tegang dibawa mengetul.Orang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang. si tegang = orang yang keras kepala; mengetul = melipatkan, seperti meringkuk waktu tidur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan.Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tali jangan putus, kaitan jangan serkah.Menyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah.Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas