| Tegang tidak, kendur tidak. | Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tegang dinanti kendur, keras dinanti lunak. | Menyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tegang berjela-jela, kendur berdenting-denting. | Pemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kendur mengusut, tegang memutus. | Pentadbiran yang kurang baik, kalau lemah menyebabkan kekacauan dan kalau keras menimbulkan kerusuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pantang si tegang dibawa mengetul. | Orang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang. si tegang = orang yang keras kepala; mengetul = melipatkan, seperti meringkuk waktu tidur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan. | Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tali jangan putus, kaitan jangan serkah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |