Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ku.kur] | تکوکور

Definisi : ~ api sj burung, punai lembu, Macro­pygia ruficeps; ~ api besar = ~ api gunung, Macropygia unchall; ~ jerum sj burung, ketitir, merbuk, Streptopelia chinensis; ~ merbuk sj burung, balam, ketitir, merbuk, Geopelia striata; paksa ~ padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka prb sesuatu yg selalu dicita-citakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ku.kur] | تکوکور

Definisi : nama sj burung, Macrophy­gia ruficeps malayana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tekukur

Puisi
 

Tekukur terbang seratus,
     Hinggap mari di kayu jati;
Sudah kuukur serta kupirus,
     Jangan si malai berjauh hati.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Paksa tekukur padi rebah,
     paksa tikus lengkiang terbuka.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: Padi rebah, paksa tekukurlah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai tekukur mengikut kata.Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka.Mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: Padi rebah, paksa tekukurlah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat.Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas