Telaga mencari timba. | Perempuan yang mencari lelaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telaga kering hilanglah timba. | Kemakmuran habis orang-orang dagang pun pulanglah ke negeri masing-masing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telaga di bawah gunung. | Perempuan yang membawa untung dan bahagia kepada suaminya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih. | Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh. | Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Marahkan telaga yang kering, timba dipecahkan. | Jikalau seseorang itu tidak dapat menolong, mintalah pertolongan daripada orang lain pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidaklah telaga mendapatkan timba. | Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mandi di telaga di tepi jalan, bersunting bunga tahi ayam. | Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pergi ke telaga terlupa membawa timba, timba yang dicari dapat yang tiada bertali. | Jalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertemu bukit di tepi telaga. | Mendapat rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |