Telah penuh sebagai bersukat. | Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyukat penuh sudah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah meraba-raba tepi kain. | Orang yang sedang sakit payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah menyelam lautan yang dalam-dalam. | Banyak pengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah menggoncang girik. | Tua renta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah lulus maka diselam. | Setelah pekerjaan selesai baru teringat bagaimana yang baik untuk mengerjakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah ke tengah makan api. | Perselisihan yang hebat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah jadi indarus. | Kalah berjudi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah habis maka dimakan. | Berhemat cermatlah dalam semua perkara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah dijual maka dibeli. | Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, fikirkan dulu masak-masak buruk baiknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |