Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Peribahasa

Menggungkan gung pesuk.

Bermaksud :

Membanggakan kekayaan yang telah lalu.

 

Lihat selanjutnya...(10)

132

Between a rock and a hard place

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Zaman puntung berasap.Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Zaman Tuk Nadur berkajang kain).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggungkan gung pesuk.Membanggakan kekayaan yang telah lalu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Zaman Tuk Nadur berkajang kain.Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di waktu garuda alah oleh ular.Kiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lalu penjahit, lalu kelindan.Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan.Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masukKamus Istimewa Peribahasa Melayu
Muafakat lalu di dalam gelap, adat lalu di tengah terang.Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas.Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu. diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biduk lalu kiambang bertaut.Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Bandingkan dengan: Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas