Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.len.tang] | تلنتڠ

Definisi : terbaring (terletak dll) dgn bahagian depan atau bahagian cekung ke atas, lwn telung­kup: Salihin yg mula-mula ~ itu, mem­balikkan badannya; menelentang terbaring (tidur, terletak) telentang: sekarang dia ~ bujur di atas tilam; menelentangkan membaringkan (mele­tak­kan dll) telentang: dia ~ badannya; tertelentang terjatuh (terbaring dll) telentang; ~ berisi air, tertiarap berisi tanah prb perihal orang yg terlalu miskin (lemah), tidak berdaya upaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.len.tang] | تلنتڠ

Definisi : terbaring atau terletak dgn bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dgn bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telen­tang: Dia ~ badannya di lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telentang

Peribahasa

Seperti kura-kura telentang.

Bermaksud :

Orang sakit yang terbaring dengan tiada berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Telentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir.Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kura-kura telentang.Orang sakit yang terbaring dengan tiada berdaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air.Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Telentang sama tertiarap bersama memakan pasir).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas