Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
telunjuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan jari kedua

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan perintah, seruhan, arahan, kemahuan, kehendak.,


Puisi
 

Daun sirih jangan dikait,
     Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
     Itu pepatah orang Melayu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Telunjuk mencocok (= merosok,
     menikam) mata.

Bermaksud :

Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sebusuk-busuk telunjuk, telunjuk juga pencolek tahi mata.Sejahat-jahat kaum keluarga (sanak saudara), kalau salah seorang di antaranya dihinakan, maka semuanya akan ikut membela (mempertahankannya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telunjuk mencocok (= merosok, menikam) mata.Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telunjuk lurus, kelingking berkait.Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujung lurus, pangkal berkait, b. Lurus basai piarit, c. Ujung [hujung] lurus, pangkal berkait).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Runcing telunjuk memalit sambal lada.Hidup miskin dan melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Aus telunjuk mencolek garam.Hidup dalam kemiskinan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut.Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggigit jari (= telunjuk).Kecewa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada berbau telunjuk saya.Cerita atau perkhabaran yang tidak dapat dipercayai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berlindung di balik telunjuk.Rahsia yang tak dapat disembunyikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh.Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas