| Bagai ayam mengarang telur. | Peri keelokan, merah muka seseorang. mengarang telur = hampir bertelur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telur sesangkak, pecah satu pecah semua. | Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya. | Bersatu hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). sebandung = serangkai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dendang menggonggong telur. | Perempuan hodoh berpakaian bagus. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai gagak menggonggong telur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ayam mengeram telur. | Peri keelokan, merah muka seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam mengarang telur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telur mengatakan lepang tak pandai duduk. | Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telur hari ini, lebih baik daripada anak ayam besok. | Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telur di hujung tanduk. | Dalam keadaan bahaya; serba sulit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengerami telur orang. | Mengahwini perempuan yang sudah mengandung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seumpama telur sesarang, dierami induknya. | Anak-anak yang mendapat jagaan yang sempurna daripada orang tuanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |