Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.man] | تمن

Definisi : 1. kawan, handai, sahabat, taulan: mengapa sendirian pula, tiada ~, tiada rakan; 2. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap (bermain dsb): ~ bercakap; 3. sesuatu sbg pelengkap, jodoh, kawan: buah pinang dimakan orang jadi ~ sirih; 4. Pr ganti diri yg pertama, saya, aku;~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); ~ lelaki lelaki yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang wanita; ~ sejawat kawan sekerja; ~ tetangga jiran; ~ tidur orang yg dijadikan kawan tidur; ~ wanita wanita yg menjalin hubungan cinta dgn seseorang lelaki; usahlah ~ dimandikan pagi prb janganlah terlalu memuji-muji; berteman 1. berkawan, bersahabat: sebenar­nya kedua-dua orang itu ~ baik; 2. tidak se-orang diri, ada kawannya: ke mana pun pergi jarang-jarang aku ~; bertemankan mempunyai (seseorang, se­suatu) sbg teman; menemani 1. turut serta, mengawani, meng­iringi, menyertai: dia senang melihat kawan­nya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawan­kan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; peneman seseorang (sesuatu) yg menjadi teman kpd: hanya linangan air mata ~ duka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.man] | تمن

Definisi : 1 kawan; sahabat; rakan: Dia bermalam di rumah ~nya. 2 orang yg bersama-sama melakukan sesuatu (bekerja dll): ~ berbual-bual. 3 sesuatu yg dimakan, dipakai dll bersama dgn benda lain; jodoh; kawan: Buah pinang dimakan orang sbg ~ sirih. ~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (suami atau isteri). ~ sejawat orang yg menyandang jawatan yg sama tarafnya. ~ tetangga jiran. berteman 1 berkawan; bersahabat. 2 tidak seorang diri; ada temannya. menemani men­jadi teman kpd; mengiringi: Dia ~ saya pergi ke pasar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teman (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, rakan, taulan, handai, konco, kenalan, sekutu, komrad, bandu, saki, kanti, nyapang, ratik, sobat, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan jodoh: kawan, judu, pelengkap, pasangan, regu, sandingan, setelan,

Kata Terbitan : berteman, bertemankan, menemani, peneman,

Puisi
 

Aduilah adui meniti batang,
     Si teman bujang dicari juga;
Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Jika cerdik teman berunding,
     jika bodoh disuruh diarah.

Bermaksud :

Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Usahlah teman dimandikan pagi.Usahlah dipermain-mainkan dengan sanjungan yang berlebih-lebihan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebu pada awak, peria pada teman.Disukai oleh seorang, dibenci oleh yang lain. (Bandingkan dengan: Tuah anjing, celaka kuda).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya.Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di rumah sendiri dapur tak berabu, ke rumah teman pergi berpasak seribu.Suka bertandang dan makan di rumah orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuah anjing, celaka kuda.Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas