Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya. | Orang yang berilmu tidak suka bermegah-megahkan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tempayan tertiarap di air. | Orang yang tak dapat diberi nasihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kering tempayan, cebok pun jauhlah. | Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya. | Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut buyung dapat dipendam, mulut manusia siapa dapat menutup, b. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut tempayan bagaimana menjahitnya. | Tidak dapat dilarang seseorang itu daripada berkata-kata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pecah tempayan pekasam, muka berconteng arang. | Mendapat malu besar kerana kejahatan telah diketahui orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tempayan bocor. | Orang yang tidak dapat menyimpan rahsia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berendam di tempayan pekasam. | Duduk berleka di rumah perempuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu. | Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu. budu = pekasam ikan kecil-kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pecah buyung, tempayan ada. | Hilang seorang, masih ada orang lain yang akan menggantinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |