Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pu.rung] | تمڤوروڠ

Definisi : 1. kulit yg keras pd beberapa jenis buah (terutama kulit buah kelapa): senduk itu dibuat drpd ~ kelapa; 2. kulit kelapa yg keras yg dibelah dua (utk bekas air dll), batok, geluk: pengemis-pengemis itu menghulurkan ~ mereka kpd orang-orang yg lalu di depan mereka; 3. sesuatu yg menyerupai tempurung; ~ betina belahan tempurung yg di sebelah bawah; ~ jantan belahan tempurung yg di sebelah atas; ~ kepala = ~ otak tulang kepala yg melindungi otak; ~ lutut tulang bulat pd lutut di sebelah depan, Patella rotula; ~ rebab badan rebab (biasanya drpd tempurung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pu.rung] | تمڤوروڠ

Definisi : buah ~ sj tumbuhan (pokok yg buahnya berwarna hijau), buah advokat, Persea gratissima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pu.rung] | تمڤوروڠ

Definisi : 1 kulit yg keras pd bebe­rapa jenis buah (terutamanya kulit buah kelapa): Senduk itu dibuat drpd ~ kelapa. 2 kulit kelapa yg keras yg dibelah dua (biasanya dijadikan bekas air dll): Seorang pengemis tua telah menghulurkan ~nya kpd kami. ~ kepala tulang kepala yg melindungi otak. ~ lutut tulang yg agak bulat pd lutut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempurung (kata nama)
Bersinonim dengan geluk, batok, sayak.,

Puisi
 

Tempurung bermata tiga,
     Ayam di bawah rumah kandang-kandangan;
Akan terturun akan tiada,
     Lekat di rumah berpandangan.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Sudah bertongkat tempurung,
     tak terangkat pelupuk matanya lagi.

Bermaksud :

Sudah tua sekali.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertongkat senduk (= tempurung).Orang yang sangat tua.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah bertongkat tempurung, tak terangkat pelupuk matanya lagi.Sudah tua sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dijual sayak, dibeli tempurung.Yang baru tidak berbeza daripada yang lama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Katak di bawah tempurung.Sangat picik pengetahuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti katak di bawah tempurung.Amat picik pengetahuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah terdorong kepada kukur, tinggallah tempurung saja.Sudah mendengar bujukan jahat maka rosak binasalah kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air yang jernih, sayak yang landai.Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar. sayak = tempurung kelapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai geluk tinggal di air.Orang yang melarat hanya mengharap bantuan orang. geluk = timba daripada tempurung kelapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai buah keras di dalam sekul.Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh. buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas