Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.te.ram] | تنترم

Definisi : 1. tidak ada rusuhan (kekacauan), aman, sentosa: negeri yg begitu aman dan ~; 2. tidak berasa khuatir atau gelisah (perasaan hati, fikiran, dll), tenang: beliau meninggalkan rumah itu dgn hati yg tidak ~; menenteramkan 1. menjadikan tenteram, mengamankan, menyentosakan: pemimpin-pemimpin Perikatan dr Kuala Lumpurlah yg ~ keadaan kacau di Singapura itu; 2. menjadikan tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan): tetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya; ketenteraman 1. perihal tenteram, ke­aman­an, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamat­an dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), kere­daan; penenteraman perihal menenteramkan;penenteram orang (atau bahan) yg menen­teramkan sesuatu: ubat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.te.ram] | تنترم

Definisi : 1 tidak ada kekacauan atau rusuhan yg berlaku (ttg keadaan dlm negeri dll); aman; sentosa: Keadaan dlm negeri itu sangat ~. 2 ki tidak berasa gelisah atau tidak berasa runsing; tenang: Hatinya tidak ~. menenteramkan 1 menjadikan (keadaan dlm negeri dll) tenteram; mengamankan: Satu pasukan tentera telah dihantar utk ~ keadaan yg kacau di situ. 2 menjadikan tidak gelisah atau tidak runsing; menenangkan hati, fikiran dll: Beliau telah pergi ke tepi pantai utk ~ jiwanya. ketenteraman 1 keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan: Mereka menyanjung Pre­siden mereka yg telah memimpin negara ke arah ~. 2 ketenangan hati atau fikiran. penenteraman perbuatan atau hal menenteramkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenteram
Rujuk :tenang

Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menanti laki pulang maling.Tidak tenteram, selalu waswas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Udang merentak dalam tangguk.Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti beting dipalu ombak.Kehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air dalam terenang.Hidup yang tenang dan tenteram. terenang = tempat air daripada tanah liat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai di rumah induk bako.Merasa aman dan tenteram. bako = sekalian keluarga daripada pihak bapa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas