Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tentulah

Puisi
 

Anak sepat sudah melompat,
     Ikan limbat melata-lata;
Kalau cepat tentulah dapat,
     Kalau terlambat putihlah mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Malas bergarit,
     perut perit.

Bermaksud :

Malas berusaha tentulah kelaparan. garit = gerak, perit = pedih.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar.Usaha yang besar kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malas bergarit, perut perit.Malas berusaha tentulah kelaparan. garit = gerak, perit = pedih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada padang, ada belalangnya.Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada air, adalah ikan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada air, adalah ikan.Ada negeri tentulah ada rakyatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padang, ada belalang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daun nipah dikatakan daun labu.Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rajin bekerja mudah belanja.Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau boros lekas kerugian.Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Basuh tangan petap abu.Berharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang siapa berani mengamang, tak dapat tidak berani melawan juga.Berani berkata, tentulah berani berbuat. mengamang = menakut-nakuti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas