Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terang-terang;

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Terang kabut,
     teduh hujan.

Bermaksud :

Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kabus, teduh hujan).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terang-terang daun kacang.Baru mulai mengerti sesuatu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terang kabut, teduh hujan.Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kabus, teduh hujan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulan terang paksa baik; payang ke laut, balok pun ke laut juga.Dalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulan terang dalam rimba.Orang pandai yang memperlihatkan kepandaiannya kepada orang-orang yang tak dapat menghargai kepandaiannya itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lagi terang lagi bersuluh.Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Bersuluh tengah hari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siang bagai hari, terang bagai bulan.Kesalahan yang sudah nyata sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Batik Semarang, makin dicuci makin terang.Perempuan janda yang lebih cantik daripada semasa gadisnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergelanggang di mata orang banyak.Terang atau nyata sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dengan kartu terbuka.Dengan terus terang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas