Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terantuk

Puisi
 

Tukul sumbing pecah berjalan,
     Pecah terantuk tebik terjatuh;
Niat di hati menjolok bulan,
     Bulan dijolok bintang yang jatuh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagai terung terantuk ke dinding.

Bermaksud :

Datang berkunjung sebentar saja.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sudah terantuk baru tengadah.Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai terung terantuk ke dinding.Datang berkunjung sebentar saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk.Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk dengan belanga lagi berlaga.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk dan periuk lagi berantuk.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah lulus maka hendak melantai.Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah kecurian baru mengunci pintu.Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah kalah baru berkubu.Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas