Terbang burung, berinsang ikan. | Tidak banyak memilih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun. | Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak. | Perkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Burung terbang dipipiskan lada. | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga. | Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak terbang tiada bersayap. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak hinggap tiada berkaki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kumbang terbang tak bersaing. | Terlalu cepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merendah terbang biawak. | Perempuan yang memperlihat-lihatkan dirinya kepada lelaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah. | Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Asal berinsang ikanlah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan. | Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |