Tertimbun dikais, terbenam diselam. | Menolong seseorang dalam kesusahan; memeriksa sesuatu dengan teliti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya. | Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jejak selut kaki terbenam. | Berbuat sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan. selut = lumpur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang dicari, terapung direnangi, terbenam diselami. | Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terapung sama hanyut, terendam sama basah (= lulus sama terbenam). | Persahabatan yang setia, sehidup semati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam. | Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari. | Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. lulus = maksudnya terbenam dalam air. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |