Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.buang] | تربواڠ

Definisi : 1. sudah dibuang; 2. sia-sia, tidak berguna; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuang

Puisi
 

Sayang berderak pandai berguru,
     Sayang selasih terbuang layu;
Mujur saya baru berguru,
     Kalau tidak terbuang lalu.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Laksana lemping terbuang.

Bermaksud :

Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Biar nasi terbuang asal jangan periuk pecah.Kesukaran waktu melahirkan anak; biar mati anak, asal ibunya selamat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana lemping terbuang.Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepeti duri sebatang terbuang.Orang miskin yang tiada diendahkan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar bernasib duri, jika terbuang pun tidak mengapa; jangan bernasib kayu, walau banyak berguna sekalipun.Lebih baik miskin daripada kaya menanggung hutang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki.Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan. ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati.Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan.Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran. kesisipan = kemasukan duri dalam daging.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak berduit (= berwang), ke mana pergi tercuit-cuit (= terbuang).Orang yang tidak berwang selalu melarat hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau menampi jangan tumpah padinya.Memilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang berguna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga.Orang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas