Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ca.pai] | ترچاڤاي

Definisi : (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ca.pai] | ترچاڤاي

Definisi : 1 dpt dicapai: Tidak ~ olehnya buah di hujung dahan itu. 2 sudah sampai atau berjaya mendapat (sesuatu maksud dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercapai

Puisi
 

Apa direndam dalam bijana,
     Kain sutera hendak disidai;
Siang malam termenung merana,
     Kerana cinta tidak tercapai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sebelum tercapai pantang surut.

Bermaksud :

Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(40)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dekat tak tercapai, jauh tak berantara.Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebelum tercapai pantang surut.Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Pantang patah di tengah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantang patah di tengah.Tidak mahu mundur sebelum maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebelum tercapai pantang surut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing menjemput api.Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nan dimaksud sampai, nan diamal pecah.Sudah tercapai apa-apa yang dicita-citakan. amal = idaman, cita-cita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tikus masuk roman.Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air besar sampan tak hanyut.Maksud tidak tercapai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar ular mati, kayu tiada patah.Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan biar dapat, serampang jangan pukah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum menetas sudah dibilang.Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum beranak sudah ditimang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum beranak sudah ditimang.Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum beranak sudah berbesan, b. Belum menetas sudah dibilang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas