Terdorong kaki badan merasa, terdorong lidah emas padahnya. | Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah hati-hati; janji wajib ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya. | Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya. | Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya. | Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat, b. Terdorong gajah kerana besarnya). (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga. | Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gadai terdorong ke (pada) Cina. | Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut terdorong, emas padahannya. | Perkataan (janji) yang sudah diucapkan harus ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut terlanjur, emas tentangannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah terdorong kepada kukur, tinggallah tempurung saja. | Sudah mendengar bujukan jahat maka rosak binasalah kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bajak sudah terdorong ke bencah. | Sudah tak dapat ditarik kembali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat gajah terdorong. | Orang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |