| Menggolek batang terguling. | Mengerjakan pekerjaan yang mudah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Teralang-alang (= terguling-guling) bagai sampah dalam mata. | Kemusykilan yang tak dapat dilahirkan (selalu teringat dan terasa dalam hati). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh. | Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di mana kapak jatuh, di situ baji makan. | Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di mana tembilang terentak, di situ cendawan tumbuh. | Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh, b. Di mana kapak jatuh, di situ baji makan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |