Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.hem.pas] | ترهمڤس

Definisi : terbanting, tercampak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.hem.pas] | ترهمڤس

Definisi : 1 terjatuh dgn kuat; terbanting; tercampak: Kapal terbang itu telah ~ di sebuah pulau. 2 tertutup atau terbuka dgn kuat dan kena pd sesuatu: Daun tingkap itu ~ kerana ditiup angin yg kencang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hempas
Kata Terbitan : berhempas-pulas, menghempas, menghempaskan, terhempas, hempasan,

Puisi
 

Pancang di pulau jatuh terhempas,
     Hanyut sampai Pantai Serani;
Pasang tak penuh surut timpas,
     Itu bernama pasang berani.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti kaca terhempas ke batu.

Bermaksud :

Hati yang hancur kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bau malaikat terhempas.Harum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kaca terhempas ke batu.Hati yang hancur kerana dukacita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ulat nangka terhempas ke batu.Tidak serik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam.Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhentak (= terhempas).Lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar merangkak jangan menjalar.Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas