Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.ga] | ترجاݢ

Definisi : 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur katanya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ja.ga] | ترجاݢ

Definisi : 1 terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2 terpelihara; terlindung: Keselamatan mereka sentiasa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Peribahasa

Seumpama bunga di gaung batu,
     taruk kaca tangkainya embun.

Bermaksud :

Gadis yang cantik, terjaga dengan baik dan tak mudah didekati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga.Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seumpama bunga di gaung batu, taruk kaca tangkainya embun.Gadis yang cantik, terjaga dengan baik dan tak mudah didekati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi.Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas