Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher. | Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lepas kaki leher terjerat. | Orang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab mulut leher terjerat. | Kecelakaan yang timbul kerana percakapan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pasangan jerat sembilan mata, pelanduk terjerat terkial-kial, mata satu (pisau) penyudahnya. | Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si bodoh hendak melepaskan jerat di kaki, terjerat leher. | Jika tidak pandai melepaskan diri daripada bahaya yang kecil maka mungkin terlibat ke dalam bahaya yang lebih besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tutup lutut, terbuka pusat; lepas kaki, leher terjerat. | Kesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |