Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,

Peribahasa

Kucing melompat,
     orang terkejut daripada tidurnya,
ayam berkokok hari pun siang.

Bermaksud :

Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)

487

Promises and piecrusts are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai kerbau terkejut oleh gong.Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti rusa masuk kampung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang.Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takut pada ular, terkejut pada bengkarung.Kerana takut kepada orang yang berkuasa, lalu takut pula kepada keluarganya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti rusa masuk kampung.Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau terkejut oleh gong).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas