Bekas tertarung lagi terkenang, apa pula hubungan nyawa. | Tiada pernah lupa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. | Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam. | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing). | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |